RSS

Olahraga MSSD : Alissa cipta lompatan emas.

13 Mar

( Seksyen 21) kejohanan Olahraga MSSD Petaling Perdana untuk tahun ini berakhir dengan atlit kita Alissa Suvashini meraih satu – satunya pingat melalui acara lompat jauh P2.

Kejohanan tahun ini diadakan selama 6 hari, iaitu bermula Isnin, 1 Mac sehingga Selasa, 9 Mac. Ia dihentikan seketika pada hari Selasa 2 Mac kerana Stadium digunakan oleh pihak lain, dan yang menariknya pada hari itulah sekolah kita mengadakan kejohanan Sukan tahunan. Jadi atlit kita mampu beraksi di dalam kedua – dua kejohanan tanpa sebarang gangguan pertindihan.

Untuk rekod, atlit sekolah kita Nur Izzaty Razali pernah muncul sebagai pemenang pingat emas di dalam acara yang sama pada tahun 2006, seterusnya mencipta rekod Daerah dengan lompatan sejauh 4.42m. “Kemenangan Alissa seumpama mengulangi kejayaan Izzaty walaupun Alissa tidak mampu mencipta rekod,” kata Cikgu Syed, Pengurus peserta olahraga sekolah.

Yang paling hampir dengan pingat adalah pasukan 4 x 100m lelaki kelas 2 yang layak ke peringkat akhir dan terpaksa berpuas hati dengan tempat ke 4.

 
Leave a comment

Posted by on 13/03/2010 in KOKURIKULUM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: