RSS

Hari Guru 2010 ringkas tapi meriah

19 May

 

Dewan Sinar (17 Mei ) : Perayaan Hari Guru 2010 peringkat sekolah telah diadakan dengan skala yang agak ringkas, namun tetap meriah seperti sebelumnya. 

Perayaan tahun ini hanya diadakan seawal waktu pertama dan berakhir pada waktu rehat dan selepas itu kelas diadakan seperti biasa. Ini adalah untuk mengelakkan penumpuan murid kepada peperiksaan yang akan bermula pada 18 Mei tidak terjejas. 

Majlis bermula dengan protokol biasa  di mana perarakan guru memasuki dewan diadakan diiringi dengan paluan kompang. Majlis seterusnya disambung dengan bacaan perutusan daripada Menteri dan Pengarah Pelajaran, Ucapan pengerusi Kelab Guru, ucapan PIBG, ucapan wakil pelajar dan akhir sekali ucapan pengetua. 

Bagi melengkapkan acara, bacaan ikrar dan nyanyian ‘Guru Malaysia’ dipersembahkan oleh guru – guru. Ia diikuti dengan persembahan multimedia yang merupakan slide show yang memaparkan wajah guru – guru kita di beberapa peringkat umur mereka. 

Dewan seterusnya digamatkan dengan beberapa persembahan guru dan pelajar sehingga ke akhir acara. Format yang sama juga diadakan di kalangan guru – guru sesi petang.

 

http://www.youtube.com/watch?v=bphVxJJKgbY

 
Leave a comment

Posted by on 19/05/2010 in HEM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: