RSS

Karnival Unit Beruniform 2010 : Pandu Puteri Muncul Terbaik

18 Jul

Kadet Bomba - Juara Kawad Kaki

Juara Keseluruhan Karnival

Puan Pengetua, Puan Maizan memberanikan diri menyertai aktiviti Flying Fox

Seksyen 9 (18 Julai) : Karnival Unit Beruniform 2010 berakhir hari ini dengan Pasukan Pandu Puteri muncul sebagai juara keseluruhan.

Karnival tahunan ini bermula pada petang jumaat 16 Julai dan berakhir pada tengah hari 18 Julai. Ia melibatkan 10 Pasukan, iaitu Silat Seni Gayong, Bulan Sabit Merah, Taekwondo, Kadet Bomba, Kadet Polis, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Puteri Islam dan Pendidikan Khas Integrasi.

Perkhemahan bermula dlengan semua unit yang terlibat berkumpul di tapak perkhemahan untuk menyiapkan khemah. Pada malamnya di adakan aktiviti bersama Pasukan Hikers Climbers iaitu aktiviti ala Amazing Race. Pada hari kedua para peserta didedahkan dengan aktviti lasak di bawah penyeliaan Pusat Ko Kurikum Negeri Selangor, yang melibatkan aktiviti Flying Fox dan Paintball. Yang menariknya, Puan Pengetua, Pn Hjh Maizan Mohd Nor telah menggamatkan suasana apabila beliau sendiri mencuba aktiviti Flying Fox. Menjelang petang, aktiviti memasak survival pula diadakan.

Pada malam kedua, para peserta menjalani satu yang aktiviti baru diperkenalkan, iaitu town walk. Aktiviti ini melibatkan peserta berjalan kaki sejauh 7 km mengikut laluan Masjid Negeri, Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 8 dan akhirnya kembali ke tapak perkhemahan. Pada perhimpunan selepas acara ini, peserta kelihatan amat letih, malah ada seorang peserta yang pitam akibat terlalu penat.

Aktiviti yang paling menonjol pada hari terakhir adalah pertandingan Kawad Formasi, ia disusuli dengan Majlis Penutup. Di dalam majlis ini Pasukan Silat Gayong dan Tae Kwon Do diberi tugas mengadakan demonstrasi pertahanan diri. Akhirnya, peserta yang layak telah dianugerahkan sijil – sijil pentauliahan. Di antara jemputan khas di dalam majlis ini ialah Puan Pengetua, Pn Hajah Maizan Mohd Nor, dan YDP PIBG Prof. Dr. Mansor bin Ahmad. Majlis ditutup dengan pengumuman pemenang – pemenang. Keputusannya adalah seperti berikut :-

Kategori Masakan Survival : Kadet Polis

Kategori Gajet : Pengakap

Kawad Kaki : Kadet Bomba

Peserta terbaik lelaki : Mohd Syamin Jamaludin (Tae Kwon Do )

Peserta terbaik perempuan : Syahirah bt Affandee ( Kadet Bomba )

JUARA KESELURUHAN : Pandu Puteri

 
Leave a comment

Posted by on 18/07/2010 in KOKURIKULUM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: