RSS

UROV ciptaan murid SMKS9 tempat kedua kebangsaan

20 Jul

UROV ciptaan pelajar kita kedua terpantas dalam kategori merentas halangan

Gandingan mantap - Haris, Alia, Harith, Yusuf

Bergambar di pentas bersama timbalan Menteri YB Hj Fadillah Hj Yusof

UROV (Underwate Remotely operated  Vehicle ) atau kenderaan bawah air kawalan jauh ciptaan 4 orang murid sekolah ini telah dipilih  tempat kedua  di dalam pertandingan  yang telah berlangsung pada 19 Julai 2010, bertempat di Pusat Maritime Putrajaya

Pertandingan yang julung – julung kalinya diadakan ini dianjurkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersempena dengan penginsytiharan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi.  Sebanyak 14 buah sekolah telah dipilih untuk menyertai pertandingan Underwater Remotely Underwater Vehicle, iaitu SMK St John KL, SMK Taman Tun Dr Ismail KL, SMK Seafield, SMK USJ 12, SMKS9, SMK Taman Sea, SMK Damansara Jaya, SMK Putrajaya Presinct 8, SMK Putrajaya Presinct 9 (2), Lembah Bidong Elite School Terengganu, SM Teknik Terengganu, SMK Seri Nibong Pulau Pinang, SM Agama tahfiz P Pinang, dan MRSM Transkian P Pinang.

Sekolah kita diwakili oleh Mohammed Haris Imran bin Rosli (Project Manager), Alya Farina bt Khairul Faidz (Secertary), Yusof Firdaus Mohammad Ibrahim Nash (Electrical Engineer), dan Muhammad Harith Daniel bin Mohamed Ridza (Construction Engineer), sementara guru penasihat adalah Cik Nabihah Bt Badar. Kerja – kerja pembinaan UROV bermula dari 27 Jun dan berakhir pada 18 Julai, dan menelan belanja RM370.

Pertandingan dimulakan dengan setiap pasukan menyedia dan menyiapkan ruang pameran masing – masing dengan mempamerkan poster kerja  dan kenderaan UROV yang telah direkabentuk. Panel hakim berkunjung ke setiap pasukan untuk mendengar penerangan daripada anggota pasukan, dan  merekam juga akan menjawab soalan – soalan yang ditujukan. Ia merupakan aspek pertama di dalam pengiraan markah.

Sesi kedua ialah laluan berhalangan di mana pasukan dikehendaki menggerak dan mengawal kenderaan mereka ke arah laluan yang disediakan. Pemenang ditentukan melalui catatan masa yang dibuat. Di dalam kategori ini sekolah kita menduduki tempat kedua.

Kategori yang terakhir ialah search and rescue di mana setiap pasukan dikehendaki menggerakkan UROV mereka dan mengutip seberapa banyak bola yang boleh di dalam masa 30 minit. Setiap bola mempunyai mata yang berbeza berdasarkan warna. Di dalam kategori ini pasukan kita menghadapi sedikit kesukaran, terutamanya apabila UROV tidak dapat digerakkan dengan sempurn apabila kerja memungut bola dipermukaan air. Jelas kelihatan para peserta sedikit kecewa ketika ini.

Pada malamnya diadakan majlis penutup di tempat yang sama. Semua yang terlibat dijemput hadir, dan turut serta ialah Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Hj Fadillah Hj Yusof.

Para pemenang diumumkan,tempat ketiga SMK , dan Juara keseluruhan disandang oleh SMK Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.

Rata – rata peserta sekolah kita berpuas hati dengan pencapaian ini memandangkan mereka telah banyak mengorbankan masa belajar untuk membangunkan projek ini sehingga siap. “ Setiap hari kena stay back, habis awal kami balik ke rumah pun pukul 3.30 petang,”  kata Alya ketika ditemuramah. “ Ini merupakan satu pencapaian yang baik untuk diri saya, apatah lagi ia dianjurkan di peringkat kebangsaan,” Ujar Muhammad Harith.

Tahniah kepada pasukan UROV sekolah.

ulai )

 
Leave a comment

Posted by on 20/07/2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: