RSS

Puan Maizan tamatkan perkhidmatan sebagai pengetua SMKS9

23 Sep

Dewan Sinar – Puan Maizan bt Hj Mohd Noor, Pengetua SMKS9 yang ke4 telah dengan rasminya menamatkan perkhidmatannya di SMKS9 bermula 1 September yang lepas.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh beliau di dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar tingkatan 3 pada 2 September yang lepas. Ketika itu beliau dijemput untuk memberi taklimat mengenai statistik pencapaian pelajar tingkatan 3 yang merupakan calon PMR pada tahun ini. Suasana bertukar suram seketika apabila penoton agak terkejut dan tergamam dengan pengumuman itu.

Beliau kini bertugas di tempat barunya iaitu di SMK Damansara Jaya, Petaling Jaya.

Di dalam tempoh masa perkhidmatan beliau di SMKS9 yang singkat, iaitu dari 2007 sehingga 2010, beliau telah banyak memberi sumbangan dan mengadakan pelbagai bentuk transformasi di sekolah ini. Di antara yang paling menonjol adalah budaya kerja berpasukan dan beliau juga sangat mementingkan pengikhtirafan kepada setiap warga sekolah yang berjasa.

Dan yang paling berkait rapat dengan warta9, beliau banyak memberi suntikan semangat, tunjuk ajar, bimbingan dan panduan sehingga kelab ini mampu melonjak kepada apa yang dapat dilihat sekarang.

Kepada Puan Maizan, jasamu tetap dikenang.

 
Leave a comment

Posted by on 23/09/2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: