26 Okt – 40 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai lawatan sambil belajar ke 3 tempat menarik di sekitar lembah Klang, sebagai salah satu progam selepas PMR.
Bertolak dari sekolah pada pukul 8.15 pagi, tempat pertama dilawati ialah Angkasapuri, di mana
peserta diberi peluang melawat beberapa tempat di dalam bangunan utama yang menempatkan beberapa studio rakaman. Peserta juga diberi peluang untuk muncul secara langsung di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia.
Daripada Angkasapuri, peserta dibawa ke Planetarium negara, iaitu sebuah Pusat Sumber interaktif yang menempatkan pelbagai pameran berasaskan Pengajian angkasa lepas.
Tempat terakhir dilawati ialah Muzium TUDM di Sungai Besi, di mana peserta berpeluang bukan sahaja melihat, tetapi juga berada di dalam pelbagai jenis pesawat pejuang yang dipamerkan.
Lawatan berakhir pada pukul 2 petang.
Lukisan
28/10/2010 at 9:55 am
manfaatkan tuh kesempatan,