RSS

Superseniors diraikan dalam majlis Graduasi

02 Nov

Dewan Sinar (2 Nov) : 288 orang Pelajar – pelajar ‘superseniors’ tingkatan 5 dan pelajar 19 tahun Pendidikan Khas diraikan hari ini di dalam Majlis Graduasi 2010.

Majlis yang penuh adat istiadat ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Petaling Perdana Encik Shamsul Azha b. Md Yusuf. Turut hadir ialah YDP PIBG Yang Bhg Prof Dr. Mansor Ahmad.

Satu kelainan majlis Graduasi pada tahun ini adalah apabila ia di’jamak’kan dengan Anugerah Lencana Kecemerlangan dan Hari Terbuka Tingkatan 5, yang diadakan sejurus selepas itu.

Anugerah Lencana Kecemerlangan melibatkan 12 orang penerima untuk anugerah Emas semua A, 15 orang penerima Anugerah Emas untuk pencapaian terbaik, 20 orang penerima untuk anugerah Perak, dan 10 penerima untuk Anugerah Gangsa.

Selain itu, pelajar terbaik untuk setiap mata pelajaran dan Pelajar mendapat kedudukan pertama, kedua dan ketiga setiap tingkatan di dalam peperiksaan percubaan juga turut menerima anugerah.

Majlis Graduasi berakhir dengan pengumuman dan diikuti dengan ucapan 2 orang tokoh pelajar, Ali Rifdi b Rosli dari 5SIK dan Zulaikha Ismadi dari 5 Sc1.

 
Leave a comment

Posted by on 02/11/2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: