RSS

Pelajar PPKI jadi mangsa samun

09 Nov

Long Tien Poh

Oleh : Radhiatul Maisarah bt. Radhi

Seksyen 9, 6 Nov:- Seorang pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 telah disamun baru-baru ini di kawasan perumahan Seksyen 9.

Mangsa, Long Tien Poh, 16, menyatakan bahawa kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang itu berlaku secara mengejut sewaktu beliau sedang berbasikal seorang diri di kawasan perumahan tersebut. Basikal yang ditunggang oleh mangsa ditarik oleh dua orang penyamun sehingga mangsa jatuh dan mengalami kecederaan kecil. Mangsa mempercayai bahawa kedua-dua suspek tersebut menaiki sebuah kenderaan sewaktu kejadian berlaku.

Sejurus selepas kejadian itu, mangsa berbasikal seorang diri ke balai polis untuk melaporkan kejadian samun itu kepada pihak yang berkuasa.

Berikutan kejadian itu, mangsa kehilangan telefon bimbit yang bernilai RM 800 dan beg dompet yang berisi RM 2 dan salinan kad pengenalan beliau.

Sewaktu kejadian berlaku, ibu bapa mangsa tiada di rumah.

 
Leave a comment

Posted by on 09/11/2010 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: