RSS

Lencana Kecemerlangan Iktiraf Sumbangan Pelajar

10 Nov

Iman Arami, seorang ahli sidang redaksi Majalah Sinar, menerima sijil daripada Puan Azlinda

 Oleh : Hawa Rizwana bt. Ahmad Redzuan

Dewan Sinar, 10 Nov:-  Bertempat di Dewan Sinar para pelajar dianugerahkan lencana kecemerlangan  bagi mengahargai jasa dan sumbangan mereka yang telah mengharumkan nama sekolah sepanjang tahun 2010.

Seramai 3 orang pelajar yang dianugerahkan lencana kecemerlangan emas bagi kategori sukan dan permainan termasuk Nur Amalina bt Tukiman yang telah menjadi johan di dalam sukan lawan pedang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Seterusnya anugerah diteruskan dengan penganugerahan lencana kecemerlangan perak. Kategori ini hanya di anugerahkan Nur Syahirah bt Abdul Ghani yang mewakili daerah di dalam kejohanan tenis.

Akhir sekali untuk kategori ini terdapat tiga kumpulan yang dianugerahkan lencana kecemerlangan gangsa iaitu kelab sukan dan permainan bowling yang mewaikili daerah di dalam pertandingan boling MSSD, kelab bolabaling yang menyertai pertandingan di peringkat daerah MSSD. Dan Nurina bt mat khair, izzat haikal bin abdullah halim serta muhammad hadri b mohd azham juga dianugerahkan lencana kecemerlangan gangsa kerana mewakili daerah di dalam kejohanan tenis.

Majlis ini diteruskan lagi dengan penganugerahan lencana kecemerlangan emas bagi kategori kelab dan persatuan. Antara pelajar yang dianugerahkan bagi kategori ini adalah Ku Muhammad Faridhwan bin Ku Aziz serta kumpulan UROVec 2010 yang diwakili oleh Mohammad Haris Imran b Rosli, Yusof Firdaus bin Mohd Ibrahim Nash, Muhammad Harith Daniel bin Mohamad Ridza serta Alya Farina bt Khairul Faridz.

Seterusnya penganugerahan lencana kecemerlangan perak dianugerahkan kepada Gan Ming Jer, Andy Lau Chuen Weng, Alya Farina bt Khairul Faridz dan Razleen bt Rashidi.

Akhir sekali bagi kategori ini Thilaka a/p Garuna Murthee dan Nur Syahirah bt Kamal Adzham bagi pencapaian dan penyertaan mereka sebagai pemenang tempat ketiga di dalam pertandingan saintis muda karnival sains dan teknologi.

Bagi kategori unit beruniform pula, hanya anugerah lencana kecemerlangan emas sahaja yang dianugerahkan kepada pelajar. Antara pelajar yang menerima anugerah ini adalah Nadhirah bt. Nor Hakim dan Natasya Nurul Aqilah bt. Mohd Zaidi.

Marinah Rahmat - Penerima anugerah bagi kehadiran 100%

 
Leave a comment

Posted by on 10/11/2010 in HEM, KOKURIKULUM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: