RSS

Pelajar meriahkan Le Tour De Langkawi

01 Feb

Kumpulan pelajar yang dipilih menyertai program bergambar selepas selesai acara.

Uitm (1 Feb): 40 orang pelajar SMKS9 adalah di antara ribuan pelajar yang dijemput untuk memeriahkan pelepasan peringkat terakhir perlumbaan Le Tour De Langkawi di Uitm hari ini.

Sebaik tiba, para peserta dijemput untuk menyertai senamrobik beramai – ramai yang melibatkan pelajar sekolah – sekolah menengah Shah Alam dan juga pelajar UiTM. Peserta kemudiannya dibawa ke Pusat Sukan untuk sesi taklimat dan sarapan pagi.

Acara diteruskan dengan pelbagai jenis permainan di kawasan pelepasan ; antaranya bola keranjang, futsal, bola jaring, orientering, basikal BMX, mountain bike, dan indoor canoeing. Pelajar sekolah kita berjaya muncul johan di dalam kejohanan Futsal, naib johan untuk Bola keranjang perempuan dan tempat ketiga untuk orientering perempuan.

Suasana menjadai semakin gamat menjelang pelepasan. Pada masa ini penonton diperkenalkan kepada pelumba – pelumba, dan yang paling menonjol adalah pelumba Malaysia Saudara Anuar Manan. Turut hadir di Majlis ini ialah Menteri Pengajian Tinggi  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pelepasan ini adalah untuk peringkat terakhir perlumbaan tahun ini, dan berakhir di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

 
Leave a comment

Posted by on 01/02/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: