RSS

Anak Bongsu mantan PK Koko meninggal akibat Lukimea

15 Feb

Kamal AkiMeru (14 Feb) : Anak bongsu kepada En Ahmad Kamal bin Idris, mantan Penolong kanan Ko Kurikulum sekolah kita telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi hari ini kerana komplikasi kesihatan akibat Lukimea.

Almarhum, Ahmad Izzul Islam bin Ahmad Kamal, dilahirkan pada 7 Mei 2007 sebagai seorang bayi yang normal dan sihat. Beliau, walau bagaimanapun mula menunjukkan komplikasi semenjak bulan Julai 2007 dan berpanjangan sehingga ke akhir hayatnya. Komplikasi yang disifatkan oleh doktor sebagai Lukimea ini menyebabkan beliau lemah dan menyusut berat badannya.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir ketika di dalam perjalanan ke Hospital Kelang awal pagi tadi dan segala urusan pengkebumiannya selesai sebaik tiba waktu zohor pada hari yang sama.

Sekolah telah dimaklumkan mengenai berita ini pada awal pagi ini dan beberapa orang guru, serta Tuan pengetua dan pentadbir telah menziarahi jenazah beliau.

Menurut En Kamal, selain bersedih dengan kematian anaknya, dia turut merasa amat tersentuh dengan pelbagai jenis pertolongan yang dihulurkan, terutamanya oleh penduduk setempat serta sahabat handai, dan melahirkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat.

 
Leave a comment

Posted by on 15/02/2011 in AM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: