RSS

SMKS9 – Benjamarachutit merterai perjanjian persefahaman

28 Feb

TH Abdul Hakim dan Preeda Luckanawichien dari Benjamarachutit School menandatangani MoU

Seksyen 9 ( 28 Feb) : Hari ini sekolah menerima lawatan daripada 150 orang pelajar dan tenaga pengajar dari Benjamarachutit School, Nakhon Si Thammarat, Thailand dan sehubungan dengan itu juga satu perjanjian persefahaman (MoU) telah dimerterai.

Pelawat tiba pada lebih kurang pukul 8.00 pagi dan diberi satu sambutan meriah diiringi paluan kompang, sementara sebahagian pelajar – pelajar SMKS9 beratur di sepanjang laluan dari Dataran Sinar ke Dewan bagi menyambur ketibaan.

Di Dewan dijalankan beberapa acara seperti persembahan dan ucapan dari wakil kedua – dua negara. Pelajar – pelajar tuan rumah ditempatkan berselang – seli dengan pelawat bagi menggalakkan interaksi antara mereka. Dewan menjadi riuh rendah seketika apabila di hujung persembahan tarian pelawat, penari – penari telah meluru ke bahagian penonton dan mengajak semua menari bersama mereka.

Program diteruskan dengan sesi penerangan dan soal jawab yang berkisar mengenai pelaksanaan pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini dan di dalam slot ini juga ahli dewan diajak menyanyikan lagu tema ‘ Beauty and the Beast’ sebagai satu simbolik kepada salah satu alat bantu pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Daripada Dewan, peserta diberi peluang melawat sekitar sekolah termasuklah Kelas Pendidikan Khas, Pusat Sumber, Bilik Darjah, Makmal, Bilik Guru dan beberapa tempat lagi.

Program berakhir lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Persembahan dari Pelajar - pelajar gred 8 (14 tahun) dari Benjamarachutit School

 

Peserta lawatan bergambar sebelum meninggalkan SMKS9 - Foto oleh Jack Xender

 
Leave a comment

Posted by on 28/02/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: