RSS

Lembaga Pengawas ‘disekolahkan’ di Glory Beach Resort

06 Mar

Emergency Boat : Aktiviti teras penuh emosi di dalam kursus Lembaga Pengawas 2011

Port Dickson (4-6 Mac) : 148 orang ahli Lembaga pengawas sekolah telah dibawa ke satu sesi ‘persekolahan’ selama 3 hari 2 malam di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program tahun ini agak berbeza daripada segi lokasi berbanding dengan yang sebelumnya di adakan di kawasan perkhemahan, sementara tahun ini ia diadakan di sebuah resort percutian di kawasan pantai peranginan. Selain itu, sesi kali ini juga lebih mencabar daru segi mental berbanding fizikal, di mana kebanyakan pengisian lebih banyak menyentuh dan mengkritik keperibadian dan sikap pengawas sebagai pemimpin pelajar.

Di antara pengisian yang paling menyentuh perasaan adalah yang dinamakan emergency boat, iaitu  simulasi satu kejadian di dalam sebuah kapal yang di landa ribut dan boat keselamatan hanya boleh menampung 10 penumpang. Di sini peserta dikehendaki memilih 10 orang yang dirasakan paling layak untuk diselamatkan.  10 orang tersebut telah dipanggil untuk ke tengah bulatan dan di sinilah keadaan menjadi emosional apabila yang dipilih dipersoalkan satu persatu tentang rasional mereka bersetuju untuk diselamatkan sementara yang lain dibiarkan terkorban.

Selain itu aktiviti reef knot juga agak menonjol di mana keseluruhan peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap satunya dikehendaki membentuk sebuah ikatan ‘buku sila’ menggunakan tali ayng berukuran lebih kurang 25 meter. Setiap peserta dikehendaki memegang tali tanpa melepaskan dan juga tidak dibenarkan bersuara, kecuali ketua. kedua – dua kumpulan masing – masing mengambil masa 1jam 5 minit dan 1jam 20 minit untuk misi ini.

Pengisian terakhir ialah Pulau Impian, yang melibatkan peserta mereka bentuk sebuah pulau pelancongan untuk dijual kepada saudagar.

Upacara penutup diadakan pada pukul 12 tengah hari Ahad, dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Abdul Hakim b Samuri. Peserta terbaik lelaki adalah Hafiz bin Abdul Aziz dan perempuan ialah Khairom Maisara Baharom.

Program kali ini merupakan yang termahal semenjak 14 kali ia diadakan, menelan belanja RM34,200. Keseluruhan program dijaya dan dikendalikan oleh pasukan MindVision Training & Services.

 
Leave a comment

Posted by on 06/03/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: