RSS

Pencarian Powerchef 2011 – 2 Pasukan terpilih

14 Mar

Terbaik - Pasukan Madiha Assagof/Suraya (kiri) dan Pasukan Wan Fara Shahira/Nur Elyani (kanan) berjaya dipilih mewakili sekolah. Foto oleh Jack Xender

Bengkel KH (9Feb) Bermula daripada 25 Kumpulan, ditapis menjadi 5, kemudian 3 dan akhirnya 2 pasukan dipilih untuk mewakili sekolah di dalam pertandingan POWERCHEF 2011.

Pusingan pertama telah diadakan pada hari Isnin, 7 Mac, melibatakan 25 pasukan. Setiap pasukan dikehendaki untuk menyediakan hidangan sandwich menggunakan bahan – bahan yang telah disediakan.

Pusingan kedua telah diadakan pada 8 Mac, melibatkan 5 pasukan di mana setiap satunya dikehendaki menyediakan hidangan secara spontan menggunakan bahan yang telah disediakan penganjur. Di samping itu, setiap pasukan juga dikehendaki menyediakan minuman menggunakan resepi dan bahan sendiri. Markah diberi berdasarkan rasa (30), kemahiran (20), kreativiti (20), kebersihan (10) dan kerjasama (10) dan rupa hidangan (10).

Pusingan terakhir diadakan pada Khamis, 9 Mac, melibatkan 3 kumpulan, iaitu Daniel Rossam dan Mohd Akmal Al Faris, Madiha bt Fahmi Assagof dan Suraya dan yang terakhir Wan Fara Syahira dan Nur Elyani. Misi mereka kali ini ialah menyediakan karipap. Di dalam pusingan ini, kumpulan Daniel Rossam akhirnya tersingkir dan 2 kumpulan lagi terpilih mewakili sekolah.

Keseluruhan pertandingan diadakan di bawah kawalselia guru masakan berpengalaman, Puan Nik Mariam. Pertandingan antara sekolah akan diadakan di Kolej Damansara Utama pada 23 Mac ini.

 
Leave a comment

Posted by on 14/03/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: