RSS

Pasukan Bolasepak tamatkan 12 tahun kemarau pingat

03 Apr
Pasukan Bolasepak Bawah 18 tahun bersama Cikgu Amirul dan coach Ewan

Sungai Buloh (31 Mac) Pasukan bolasepak sekolah bagi kedua – dua kategori, bawah 15 dan 18 tahun, mengakhiri kemarau pingat selama 12 tahun setelah  berjaya meraih tempat ke 3 dan ke4 di dalam kategori masing – masing.

Kejohanan tahun ini menggunakan format dan lokasi yang sama, iaitu di Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh. Ia menyaksikan 46 buah sekolah bertanding di dalam kategori bawah 15 dan 48 buah sekolah untuk kategori bawah 18 tahun.

Pada hari pertama dan kedua diadakan perlawanan secara liga berkumpulan di mana juara dan naib juara dipilih untuk ke pusingan kedua pada hari ketiga. Pada peringkat kedua perlawanan diadakan secara kalah mati. Kedua – dua pasukan kita berjaya melepasi kesemua peringkat sehingga keduanya kecundan di peringkat suku akhir dan berakhir dengan keputusan seperti yang dinyatakan.

Penyampaian hadiah diadakan pada hari ke4 oleh YB Datuk Satim Bin Diman ADUN N29 Seri Serdang. Juara Kategori bawah 18 tahun disandang oleh Sekolah Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, sementara SMK Seri Indah menjadi juara bawah 15 tahun.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan sekolah membawa pulang pingat adalah pada tahun 1999 apabila sekolah menjadi juara Daerah Petaling, di bawah jurulatih En Mohd Haris Lajid. Dan pada tahun seterusnya, sebaik sahaja beliau berpindah, prestasi bolasepak sekolah terus jatuh, sehinggalah tahun ini

Pada tahun ini pasukan bawah 15 tahun dilatih dan diselia oleh En Syed Ahmad Thani, sementara pasukan bawah 18 tahun dilatih oleh Saudara Ewan, dan diselia oleh En Amirul Izham.

Pasukan Bolasepak bawah 15 tahun bersama Cikgu Syed

 
Leave a comment

Posted by on 03/04/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: