RSS

Sambutan Hari Guru 2011 berlangsung meriah

16 May

Dewan Sinar (16 Mei) : Sambutan Hari Guru 2011 berlangsung meriah hari ini di Dewan Sinar, melibatkan gabungan sesi pagi dan petang.

Majlis bermula dengan perarakan masuk barisan guru – guru ke Dewan Sinar dan diikuti oleh beberapa ucapan, iaitu perutusan dari Menteri Pelajaran, Ucapan Pengetua, wakil pelajar, Pengerusi kelab Guru dan wakil PIBG. Turut hadir ialah wakil alumni, YM Tengku Edzuan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ikrar dan Nyanyian dan diakhiri dengan memotong pulut kuning.

Majlis berehat kemudiannya di mana guru – guru disajikan dengan satu jamuan. Sejurus kemudian, pelajar dan guru – guru masuk semula ke dewan untuk menyaksikan persembahan. Selain itu, aktiviti di dewan juga diselitkan dengan tayangan video, cabutan kad ucapan bertuah, penyampaian hadiah dan pengumuman anugerah – anugerah guru. Majlis ditutup dengan pengumuman Guru Paling Popular, yang dianugerahkan kepada Puan Salwani Selamat.

 
Leave a comment

Posted by on 16/05/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: