RSS

Bekas pelajar terkorban dalam kemalangan

19 May

Kuala Lumpur (18 Mei) Lebih kurang seminggu selepas sekolah dikejutkan dengan kematian seorang pelajar tingkatan 1, satu lagi kematian dilaporkan pada hari ini melibatkan seorang  bekas pelajar lelaki sesi SPM 2006.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Faris Razali, atau nama timangannya, Pesot terlibat di dalam satu kemalangan pada pukul 1230 malam ketika pulang dari tempat kerjanya di Balai Polis Pantai, Lembah Pantai Kuala Lumpur. Menurut maklumat, beliau dilanggar daripada belakang oleh sebuah kereta yang kemudiannya menghilangkan diri dan akhirnya membuat laporan polis.

Mangsa disahkan meninggal keesokan paginya akibat kecederaan dan pendarahan yang teruk dibahagian kepala. Jenazahnya diuruskan di Surau Khalid Al Walid, Berek Polis Seksyen 9 Shah Alam tengah hari yang sama. Turut hadir ke sana ialah beberapa orang guru lelaki termasuk Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Hakim.

Muhammad Faris dilahirkan pada 12 Februari 1989 dan sewaktu menjadi pelajar sangat aktif di dalam Kadet Bomba dan sukan lawan pedang. Selain itu beliau adalah seorang yang sangat peramah dan bersopan – santun pada guru – gurunya.

Seluruh warga kerja warta9news mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau.

(sila komen jika ada sebarang kesilapan maklumat di dalam berita ini atau emailkan kepada thani_sa@yahoo.com

 
Leave a comment

Posted by on 19/05/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: