RSS

Pelajar s9 semarakkan Larian Serentak 1Murid 1Sukan

04 Jul

Shah Alam (2 Jun) : Pelajar – pelajar SMKS9 merupakan antara yang terlibat menjaya dan memeriahkan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam hari ini.

Secara kesulurahannya sebanyak 10 buah sekolah menengah dan rendag di sekitar Bandaraya Shah Alam terlibat di dalam program ini, yang diadakan serentak di seluruh negara, sempena pelancaran kempen 1 Murid 1 Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penglibatan yang besar ini telah melayakkan ia dicatat di dalam Malaysian Guiness Book of Records sebagai Penglibatan Terbesar Pelajar Sekolah di Dalam Satu Acara Larian.

Seawal 630 pagi peserta telah mula beransur memenuhi Dataran dan disusun mengikut kelas dan sejurus itu acara senamrobik bermula. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor Tuan Hj Mahmud bin Karim, diikuti dengan gimik perasmian.

Tepat jam 745 pagi, beliau telah melepaskan tembakan pelepasan untuk memulakan larian simbolik oleh peserta sejauh 1 Km mengelilingi sekitar dataran.

Selesai larian, acara lebih banyak melibatkan persembahan pentas dan pertandingan. Di antaranya persembahan nyanyian, tarian, pancaragam, gimnastik dan Lompat tali. Pertandingan pula melibatkan futsal, bola jaring dan Kumpulan Sorak.

Acara berakkhir sekitar 1.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Peserta larian menunggu pelepasan tepat pada pukul 845 pagi

 

 

 
Leave a comment

Posted by on 04/07/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: