Surau Al Munawar (24 Ogos) : Majlis Khatam Al Quran telah diadakan di Surau Al Munawar hari ini bagi mengakhiri program Ihya Ramadhan tahun ini.
Program dimulakan dengan bicara Ramadhan oleh Ustazah dan disusuli dengan Majlis Khatam sejurus ketibaan Pengetua dan pentadbir. Majlis kemudian diserikan dengan alunan nasyid oleh Kumpulan Nasyid dari PPKI yang telah menggondol tempat ke 3 di dalam pertandingan Nasyid PPKI Kebangsaan baru – baru ini. Selepas itu diadakan Tazkirah Ramadhan oleh Cikgu Syed dan majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pelajar dan guru yang terlibat dengan Program ini.
Majlis yang sama diadakan oleh sesi petang, bermula pada pukul 3 petang. Tazkirah disampaikan oleh Cikgu Faiszie sementara persembahan Nasyid dijayakan oleh kumpulan At Taqwa dari pelajar sesi petang, di bawah bimbingan En Hakim. Majlis berakhir dengan sesi bersalaman di antara guru dan pelajar sebelum pulang.
Ihya Ramadhan tahun ini diadakan disepanjang bulan Ramadhan, melibatkan beberapa aktiviti seperti tazkirah harian, tazkirah waktu rehat, kuiz Al Quran, Tadarus pelajar, Tadarus guru, dan Iftar Jama’ie. Secara amnya, program pada tahun ini berjalan lancar.