RSS

62 Pelajar sertai Perkhemahan Perdana 2011

29 Sep

Hulu Langat (23 Sept) 62 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kelab dan persatuan telah berkampung di Kem Wirajaya Hulu Langat di dalam Program Pekhemahan Perdana 2011.
Program bermula pada petang Jumaat dengan kedatangan peserta yang kemudiannya dipecahkan kepada 4 kumpulan dan seorang penghulu. Acara di sebelah malam bermula dengan aktiviti di dewan dengan pembentangan dan persembahan kumpulan dan diakhiri dengan aktiviti Kembara malam.
Masuk hari kedua, program bermula dengan senaman pagi dan selesai sarapan, peserta dibawa meredah hutan Taman Negeri Selangor. Pada perhentian pertama, peserta diajar cara – cara menggunakan pelbagai spesis tumbuhan hutan untuk ikhtiar hidup. Perjalanan diteruskan menaiki bukit dan kemudiannya membawa peserta ke hutan Simpan Hulu Perdik. Di sini peserta diberi pengalaman memasak sardin di dalam buluh.
Acara kemuncak ialah pada hari terakhir yang dimulakan dengan demonstrasi pertolongan cemas. Kemudiannya diadakan simulasi Operasi Penyelamat di mana mereka harus menyelamatkan 6 orang mangsa nahas kapalterbang yang di dalam perjalanan untuk menaikkan Jalur Gemilang. Bendera tersebut mesti dinaikkan menggunakan buluh dan segalanya perlu disiapkan mengikut masa nyalaan lilin. Suasana menjadi agak tegang apabila misi mereka seakan gagal kerana kesuntukan masa.
Secara keseluruhannya program berjalan lancar dan peserta nampaknya berpuas hati kerana dapat menyertainya.

 
Leave a comment

Posted by on 29/09/2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: