RSS

Presiden MSU rasmi Majlis Graduasi 2011

04 Nov

Prof. Dato' Wira Dr. Mohd Shukri menyampaikan watikah graduasi diiringi oleh pengetua

Dewan Sinar (3 Nov) Majlis Graduasi untuk sesi 2011 berlangsung hari ini dengan menjemput Presiden Management & Sceince University (MSU), Prof. Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid sebagai perasmi.
Majlis berlangsung di Dewan Sinar dengan penuh adat istiadat graduasi. Ia bermula dengan perarakan masuk para tetamu diikuti dengan nyanyian Negaraku. Ahmad Asyraf Ab Hamid dari 5STE dipilih sebagai pembaca doa, dan diikuti dengan ucapan dari Pengetua. Sejurus kemudian majlis mempersilakan Prof. Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid untuk menyampaikan ucapan perasmian.
Penyampaian watikah graduasi untuk sesi pertama dimulakan dengan Pendidikan Khas diikuti oleh kelas – kelas sains. Majlis berhenti rehat seketika dan para penonton dihiburkan oleh pasukan koir yang mendendangkan lagu ‘gemuruh’.
Penyampaian watikah graduasi untuk sesi kedua menyusul dengan kelas – kelas sastera, dan diikuti dengan penyampaian Anugerah Lencana Kecemerlangan.
Muhammad Hadri bin Ahmad Azham dan Sumitra Ropini a/p Karuthan masing – masing dipilih sebagai penerima Anugerah Pengetua pada tahun ini. Keduanya dijemput menyampaikan ucapan sejurus menerima cenderamata dan sijil dari pengetua.
Majlis berakhir dengan sesi fotografi kelas.

 
Leave a comment

Posted by on 04/11/2011 in HEM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: