RSS

Ujian fizikal dan mental warnai Kem Kepimpinan Pengawas 2012

27 Mar

Hulu Langat (25 Mac) Kem Kepimpinan Pengawas 2012 yang berakhir tengah hari ini sememangnya disifatkan sebagai yang paling mencabar dari segi fizikal dan mental pesertanya.
Program tahunan ini melibatkan seramai 122 orang pengawas sesi pagi dan petang, dan dijalankan selama 3 hari 2 malam di Kem Wirajaya, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor. Peserta mula tiba di perkarangan khemah sekitar pukul 5 petang, kemudian dikumpulkan dan dipecahkan kepada 6 kumpulan dengan masing – masing mempunyai seorang ketua.
Suasana tegang terjadi di sebelah malamnya apabila Ketua Pengawas, Erna Fazzira ‘dihalau’ keluar daripada kem dan dihantar pulang lantaran gagal memastikan anak buahnya mengikut arahan. Perkara ini menyebabkan sebahagian besar pengawas tidak berpuas hati dan menyebabkan berlakunya konflik dan perang mulut di antara fasilitator dan peserta. Di hujung sesi Erna berjaya ‘dikembalikan’ semula ke kem apabila peserta berjaya meyakinkan fasilitator bahawa mereka akan mengubah sikap.
Hari yang kedua melibatkan banyak aktiviti luar, iaitu meredah hutan dan gotong royong menyediakan makan tengah hari. Pada petangnya pula pengisian lebih tertumpu kepada acara di dewan. Di antara yang menarika adalah acara telefon rosak, di mana peserta dikehendaki mendengar satu mesej dan menyampaikannya kepada ahli kumpulan seterusnya. Ahli kumpulan itu pula memindahkan mesej yang diterima kepada ahli yang lain sehingga mesej itu berpindah ke ahli yang terakhir. Cabarannya ialah untuk mengingati mesej supaya dapat disampaikan dengan tepat sehingga ke hujungnya.
Malam yang kedua peserta dibawa ke kembara malam. Dalam kegelapan malam di hutan, ditambah pula dengan mata yang tertutup, peserta diletakkan berseorangan di sekitar hutan yang berhampiran di diarahkan supaya jangan berganjak walau apapun terjadi. Di sini didapati ada segelintir peserta tidak dapat mengawal perasaan kerana keadaan dirasakan terlalu seram sementara sebahagian besar yang lain mengambil sikap bertenang dan berzikir demi mengelakkan sebarang ‘gangguan’.
Hari terakhir dirasakan paling mencabar. Setelah selesai senaman pagi, peserta diajar 10 cara teknik menyelamat dan sejurus kemudian adalan acara kemuncak dan terakhir adalah satu simulasi di mana tugasannya ialah untuk memasukkan sebatang pen ke dalam botol air mineral. Pen itu tergantung pada seutas tali yang diikat di dipecakan kepada 6 cabang dan setiap cabangnya dipegang oleh satu kumpulan dengan cara menggigit, dan tidak boleh disentuh dengan tangan. Sekali lagi, suasana tegang berlaku apabila fasilitator telah ‘berputus asa’ apabila peserta gagal melakukannya setelah 2 percubaan. Peserta mencuba sedaya upaya untuk memujuk barisan fasilitator untuk diberikan satu lagi percubaan demi menjaga maruah sekolah dan Lembaga Pengawas. Akhirnya, rayuan mereka dilayan dan akhirnya tugasan berjaya disempurnakan. Yang menariknya, kejayaan mereka diiringi dengan hujan yang sangat lebat, menjadikan suasana bertambah dramatik.
Kem Pengawas 2012, dilaksanakan oleh Pasukan Bimbingan Motivasi Wirajaya dan boleh disifakan sebagai antara yang paling mencabar seumpamanya. “ Sebagai manusia biasa, saya mengaku merasa marah dan tertekan apbila ditengking oleh fasilitator, namun sebagai pengawas, saya mesti bersikap sabar dan berlapang dada kerana realitinya cabaran yang dihadapi oleh pengawas di sekolah jauh lebih hebat , kata Erna Fazzira, Ketua Pengawas. “ Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru – guru dan ahli Lembaga Pengawas sendiri yang selama ini memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menerajui badan Pengawas ini” tambah beliau.

 
Leave a comment

Posted by on 27/03/2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: