RSS

Suria buat kejutan jadi juara Larian 2012

31 Mar

Dewan Sinar (31 Mac) Larian SMK Seksyen 9 2012 berakhir hari ini dengan rumah Suria mengejutkan warga sekolah apabila diumumkan sebagai juara keseluruhan. Ini kerana rumah kuning tidak pernah menjadi juara di dalam kejohanan seumpamanya di dalam sejarah sekolah.
Rumah Suria mengutip 1143, diikuti Segara 1113, Buana 1085 dan Purnama 970. Larian pada tahun ini pada awalnya mengalami sedikit gangguan cuaca apabila hujan turun sederhana lebat sejak awal pagi, namun pihak penganjur akhirnya memberi kebenaran untuk memulakan acara lebih kurang pukul 9.00 pagi, walaupun hujan turun renyai – renyai.
Acara pada tahun ini diadakan mengikut kelas yang lama, iaitu 3, 2 dan 1 dan tidak lagi mengikut tingkatan seperti 2 tahun lepas. Perbezaan yang paling ketara pada tahun ini adalah perubahan trek larian yang dari 3km ke 6.5km, iaitu menggunakan laluan yang lebih jauh.
Secara keseluruhannya acara pada tahun ini berjalan lancar, dengan kerjasama beberapa pihak luar, khususnya PIBG, PDRM dan Kolej Masterskills.
Berikut adalah juara – juara mengikut kategori
1. P3 – Izni Saara Mohd Fauzi – Buana
2. L3 – Muhd Rauzaini b Fuad Hilmi – Segara
3. P2 – Nur Humairah Abdullah – Buana
4. L2 – Subassh a/l Nandakumar – Purnama
5. P1 – Jazilah Bt Ishak – Suria
6. L1 – Aizat Azril Yusseri – Segara

Pasukan Rumah Suria dengan Kapten Rumah Abdul Rahman Zulkarnain dan Gurunya Puan Ruzaidah Abdul Razak meraikan kejayaan

 
Leave a comment

Posted by on 31/03/2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: