RSS

Kelab Guru anjur program Team Building

08 Apr

Seksyen 13 (7 April) Demi memantapkan prestasi kerja, khususnya semangat kerja berpasukan, Kelab Guru dan Kakitangan SMKS9 Shah Alam hari telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Team Building, bertempat di Extreme Park Seksyen 13.Program bermula dengan taklimat, senaman pagi dan seterusnya peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk memudahkan pengurusan aktiviti. Pengisian ataupun tugasan yang diberikan kesemuanya memerlukan semangat kerjasama, strategi, serta dan keperluan patuh kepada arahan. Tugasan yang pertama adalah membentuk gambar kuda dan arnab menggunakan seutas tali yang panjang. menggerakkan bola di atas papan berlubang dengan cara mengawal tali yang diikat di sekeliling papan. Menggunakan konsep yang seakan sama, peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan seterusnya iaitu melantunkan bola di atas sekeping plastik bulat dengan cara menarik tali yang diikat disekeliling plastik itu.
Selesai makan tengahari program diteruskan dengan aktiviti treasure hunt berkereta yang memerlukan peserta bergerak ke tempat – tempat yang ditetapkan untuk mencari jawapan dan penyelesaian kepada soalan – soalan. Tempat – tempat yang terlibat adalah di sekitar Seksyen 11, Seksyen 9 dan Seksyen 13. Selesai tugasan peserta kembali semula ke Extreme Park untuk menyerahkan jawapan dan seterusnya mengikuti majlis penutup.
Ini merupakan program yang kedua seumpamanya dianjurkan. Pada tahun lepas, ia diadakan di Taman Agrotek Hulu Langat.

 
1 Comment

Posted by on 08/04/2012 in Uncategorized

 

One response to “Kelab Guru anjur program Team Building

  1. aaaddede

    15/04/2012 at 12:08 pm

    ur skool got a stupid, lying, cam sial teacher!! name like a prophet. perangai like babi

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: