RSS

Guru, pelajar serlah bakat dalam Sambutan Hari Guru

25 May

Dewan Sinar (25 Mei) Menyanyi, menari, melawak, dan pelbagai aksi lagi dapat ditonton apabila para guru dan pelajar sama – sama menyerlahkan bakat masing – masing di dalam sambutan Hari Guru peringkat sekolah untuk tahun ini.
Satu pembaharuan yang dilaksanakan di dalam sambutan adalah perarakan masuk guru – guru ke dewan mengikut kontinjen negeri kelahiran, sementara sebelum ini masuk secara rawak, dan beberapa tahun sebelumnya mengikut susunan abjad. Perarakan dimulakan dengan kontinjen Johor yang membuat gimik menabur gula – gula kepada penonton, dan diakhiri dengan kontinjen tuan rumah, Selangor. Turut hadir ialah YDP PIBG Tuan Hj Ayob dan Hj Azman.
Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari wakil pelajar, dari wakil Kelab Guru, Pengetua dan YDP PIBG. Ia diikuti dengan bacaan ikrar dan nyanyian lagu Guru Malaysia oleh guru – guru, dan kemudiannya acara memotong kek Hari Guru sumbangan Badan Pengawas. Majlis berhenti rehat sejurus kemudian di mana para guru menjamu selera di Bilik Kuliah Ilmu dan pelajar dibenarkan keluar rehat.
Persembahan dimulakan dengan tayangan multimedia berjudul Puan ‘Nik Dalam Kenangan’ satu dedikasi buat Almarhumah Puan Nik Mariam Nik Salleh yang meninggal akibat barah usus pada 6 Mei yang lepas. Ia disusuli dengan tarian Tradisional oleh Kelab Kebudayaan di bawah seliaan Puan Salwani Selamat dan beberapa persembahan pelajar dan guru.
Sambutan tahun ini juga melibatkan perlawan bolasepak ‘kain pelikat’ untuk guru lelaki dan pelajar lelaki sementara guru dan pelajar perempua pula berentap dalam acara bola jaring skirt. Kedua – dua acara ini diadakan pada petang semalam yang berakhir dengan kedua – duanya dimenangi oleh pasukan guru.

 
Leave a comment

Posted by on 25/05/2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: