RSS

PAPER CHASE selesai proses, hanya menunggu keputusan

11 Jul

Seksyen 9 (10 Julai) Video pendek bertajuk PAPER CHASE akhirnya selesai penggambaran dan semua proses pos produksi dan telahpun diserahkan kepada pihak penganjur untuk penilaian.
Video 5 minit ini dihasilkan oleh pasukan KWN Sekolah yang menyertai pertandingan KWN (Kids Witness News) anjuran Panasonic.  Video ini akan dinilai untuk kelayakan di peringkat kebangsaan, di mana pemenang akan mewakili Malaysia ke peringkat Asia Tenggara, dan seterusnya keperingkat antarabangsa.
PAPER CHASE, yang membawa tema komunikasi, mengisahkan seotrang budak lelaki bernama Ammar yang banyak menghabiskan masa merayu – rayau di bandar sambil mengutip sampah yang berupa surat khabar terbuang. Kemudian penonton akan didedahkan dengan perkara yang sebenar di mana budak ini menggunakan sampah itu sebagai bahan bacaannya untuk mendalami kemahiran Bahasa Inggeris.
Penggambaran ini memakan masa lebih kurang 3 minggu, melibatkan beberapa lokasi seperti di Taman Perumahan Laman Sanur Seksyen 13, Bukit Bandaraya,Meru, dan di sekitar sekolah. Pelakon utama yang memegang watak Ammar adalah Ammar Haziq bin Razali dari kelas 1KRK4.
Krew KWN pada tahun ini terdiri daripada Ashrafiqal Aleef (ketua), Ezzad Emmir (Penolong), Khairom Maisarah (Setiausaha) dan Nurul Husna (Bendahari). Kesemua mereka adalah dari Tingkatan 4, sementara Guru Pembimbing adalah En. Syed Ahmad Thani.
Ini merupakan tahun kedua penyertaan sekolah, tahun lepas kita mempertaruhkan video berjudul SPEAK, yang memaparkan kesusahan seorang pelajar untuk menguasai kemahiran pengucapan umum.
PAPER CHASE akan ditayangkan kepada umum sekiranya video ini menang.

Image

Penggambaran di Bukit Bandaraya

Image

Penggambaran di Bukit Bandaraya

Image

Krew – Ashrafeeqal, Ezzad, Ammar (pelakon), Khairom dan Nurul Husna

Image

Penggambaran di gerai Pak Tam, di Laman Sanur Seksyen 13.

 
Leave a comment

Posted by on 11/07/2012 in KOKURIKULUM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: