RSS

Majlis Khatam Al Quran Sesi Petang Undang Tetamu Istimewa

03 Aug

Surau Al Munawar (3 Ogos) : Majlis Khatam Al Quran Sesi Petang yang diadakan hari ini menjadi lebih meriah dan bermakna apabila melibatkan persembahan dari penasyid undangan dari Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al – Munirah, dari Kelang.

Majlis yang diadakan di ruang solat Surau Al Munawwar ini bermula dengan perarakan masuk peserta – peserta khatam Al Quran yang seterusnya membacakan ayat – ayat yang terpilih, di bawah bimbingan Ustaz Zolkifli Shariff. Penonton kemudiannya dihidangkan dengan alunan dua buah lagu nasyid dari kumpulan tersebut.

Selesai persembahan, hadirin disajikan pula dengan tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Abu Hazim bin Salehudin Al Hafiz. Acara diteruskan dengan ucapan penutup oleh Tuan Pengetua dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

Program Khatam Quran ini adalah sebahagian daripada pengisian Ihya Ramadhan tahun ini.

 
Leave a comment

Posted by on 03/08/2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: