RSS

Bekas Pelajar S9 meninggal

03 Sep
Image

Gambar almarhum bersama adiknya Shahril sewaktu kecil (diambil dari facebook)

Seksyen 8 (2 Sept) Bekas pelajar SMKS9 SPM 2005, Allahyarham Zaiful Nizam b Zainal Sayed telah kembali ke Rahmatullah secara mengejut awal petang ini.

Warta9 telah dimaklumkan mengenai perkara ini awal pagi ini, menerusi adik Almarhum, Mohd Shahril, pelajar 5IK4, SPM 2011. Menurut Shahril, yang baru keluar hospital akibat kemalangan motosikal, dia menyedari saat pemergian abangnya apabila mengejutkan beliau dari tidur dan didapati jasad almarhum sudah tidak bergerak dan nafasnya tidak termengah seperti selalu. Semasa hayatnya Almarhum terpaksa menjalani rawatan berterusan akibat komplikasi jantung yang dihadapinya semenjak lahir.

Menurut Shahril lagi, dia merasa amat sedih dan terkilan, terutamanya apabila mengenangkan almarhun yang sentiasa menjaganya ketika di hospital. Bagi Shahril, Almarhum bukan setakat Abang sedarah sedaging, tetapi juga teman rapatnya.

Selain Shahril, Almarhum mempunyai seorang lagi adik perempuan berumur 5 tahun. Mereka menetap di Kuarters TNB Seksyen 8 Shah Alam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

 
1 Comment

Posted by on 03/09/2012 in Uncategorized

 

One response to “Bekas Pelajar S9 meninggal

  1. Rathiya

    03/09/2012 at 10:55 pm

    Rest in Peace..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: