Damansara (6 Sept) Video pendek terbitan pasukan Kids Witness News (KWN) SMKS9, berjudul PAPER CHASE hari diumumkan secara rasminya sebagai pemenang anugerah Grand Prix dan seterusnya melayakkannya mewakili Malaysia ke peringkat rantau Asia.
Pengumuman dibuat di suatu majlis khas di Hotel Royale Bintang Damansara, dan hadiah berupa barangan PANASONIC berserta tropi dan sijil telah disampaikan oleh Y. Bhg. Puan Rosnani Binti Mohamed Ali, Ketua Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia .
Paper Chase adalah sebuah paparan berdasarkan kisah benar seorang guru Bahasa Inggeris yang semasa mudanya sering mencari sampah berupa akhbar berbahasa Inggeris yang kemudiannya digunakan sebagai bahan bacaan. (untuk perincian sila rujuk berita bulan Julai).
- Melawat stesen Econation di Petaling Jaya
- Bergambar setelah diumumkan pemenang
- Bersama pegawai Panasonic di pentas
- Kecil saiznya, besar maknanya
- Papan marker – Gimik untuk pemenang
- Pelakon utama, Ammar Haziq ditemuramah oleh Berita Harian
- Ashrafiqal ditemuramah oleh Berita Harian