RSS

Kumpulan Nasyid PPKI mara ke peringkat kebangsaan

03 Oct

Dewan Sinar (3 Okt) Kumpulan Nasyid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKS9 hari ini dinobatkan sebagai Juara di peringkat negeri Selangor, seterusnya dipilih mewakili negeri di peringkat kebangsaan.

Kumpulan yang dinamakan Nour Ar Rahim ini dianggotai oleh 10 orang pelajar ; Raja Abdul Rahman, Mohammad Afnan Qayyum, Mohammed Naqib, Mohd Iskandar, Muhammad Alif Aiman, Muhammad Azwan, Muhammad Firdaus, Muhammad Khairi, Muhammad Muzakkir dan Muttaqin. Kumpulan ini dibimbing sepenuhnya oleh Ustaz Khairul Azman, En Abdul Hakim dan Puan Sharifah dari PPKI.

Dua buah lagu yang disampaikan berjudul Persefahaman Asas Kesatuan Ummah dan Sinar Tawakkal Perjalanan telah berjaya memukau para juri dan seterusnya mereka sebulat suara bersetuju untuk memilih kumpulan ini sebagai juara.

Pertandingan kali ini diadakan di Dewan Sinar dan melibatkan 6 buah pasukan di seluruh negeri Selangor. Juara akan bertanding di peringkat kebangsaan 15 Oktober ini di Melaka.

 
1 Comment

Posted by on 03/10/2012 in Uncategorized

 

One response to “Kumpulan Nasyid PPKI mara ke peringkat kebangsaan

  1. Siti Fatimah bt Hj. Kabri

    09/10/2012 at 1:41 am

    Assalamualaikum Cikgu Syed dan krew warta 9, tahniah atas pencapaian yang membanggakan, Saya gembira sebab dapat tengok pelbagai berita tentang sek 9, rindu pada kawan-kawan

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: