RSS
Aside
23 Oct

Petaling Jaya (20 Okt) Majlis Anugerah Kualiti Pendidikan (AKP) untuk tahun 2012 telah berlangsung pada hari ini yang antara lainnya menghargai dan meraikan sumbangan guru – guru dan kakitangan sekolah.

Majlis tahun ini ada sedikit kelainan kerana ia diadakan di Kolej Damansara Utama (KDU)  kampus Seksyen 13 Petaling Jaya, sementara majlis yang seumpamanya sebelum ini diadakan di hotel. Ini berikutan kesudian KDU untuk menaja lokasi majlis, pengangkutan dan jamuan untuk majlis ini.

Acara tahunan yang dimulakan pada tahun 2009 ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid, ketua  Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Selangor.

Anugerah kali ini dibahagikan kepada  12 kategori yang melibatkan semua aspek pendidikan dan semua lapisan guru dan kakitangan sekolah, serta pihak – pihak yang berkaitan. Di antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Kadatangan Penuh, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Staf Berdedikasi, Anugerah P&P Berkesan, Anugerah Khidmat Bakti Luar, Anugerah Guru Versatil, dan Anugerah Staf Swasta.

AKP 2012 raikan sumbangan guru dan kakitangan sekolah

 
Leave a comment

Posted by on 23/10/2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: