RSS

Sekolah jadi tuan rumah pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

24 Oct

Dewan Sinar (24 Okt) SMKS9 telah dipilih sebagai tuan rumah bagi pelancaran Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together, yang merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.

Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2008 bertujuan membina, memupuk dan seterusnya membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Program ini dilaksanakan pada penghujung penggal persekolahan bagi mengisi ruang dan aktiviti selepas peperiksaan di samping meneruskan momentum pembelajaran kendiri murid-murid di sekolah. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di dalam entri Malaysian Book Of Record (MBOR) 2010.

Bagi menyokong dan memastikan kejayaan program ini, Scholastic Malaysia akan menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Selain dari meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah, sumbangan ini juga menjadi pemangkin kepada pelaksanaan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI) dan diharapkan dapat memberi impak positif kepada peningkatan tahap penguasaan bahasa Inggeris murid-murid.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Sufa’at bin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran  Malaysia dan diadakan di Dewan Sinar dan beberapa acara sampingan diadakan di bilik darjah yang terpilih.

 
Leave a comment

Posted by on 24/10/2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: