RSS

Kelab Guru anjur Majlis Ibadah Korban peringkat sekolah

28 Oct

Seksyen 9 (28 Okt) Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah hari ini mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Ibadah Korban peringkat sekolah dengan menyembelih 2 ekor lembu dan seekor kambing

Program diadakan di kawasan padang rumput dan tempat parkir belakang bengkel Pertanian dan dihadiri oleh lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada para guru dan pentdabir serta ahli keluarga, dan juga pekerja kebersihan sekolah.

Haiwan sembelihan yang ditempah selamat tiba pada pukul 9 pagi dan sembelihan disempurnakan oleh En Syed. Kerja – kerja melapah, membungkus, dan mengagihkan daging kepada peserta dijalankan sejurus kemudian. sebahagian daging dimasak sebagai jaudah makan tengahari untuk petugas.

Selesai majlis, sebahagian daging dibawa ke Institut Taufiq Islami Jalan Kebun untuk diagihkan kepada penghuninya.

Image

Tuan Pengetua menyampaikan bungkusan daging sebagai gimik penyerahan kepada pegawai Institut yang bertugas

Image

Bergambar bersama penghuni perempuan Institut Taufiq Islami. Penghuni lelaki tiada di premis kerana menghadiri program di luar.

 
Leave a comment

Posted by on 28/10/2012 in HEM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: