RSS

37 Pelajar Tingkatan 3 jayakan Perkhemahan Unit Berunform 2012

31 Oct

Kepong (31 Okt) 37 pelajar tingkatan 3 yang mewakili semua badan beruniform sekolah hari telah menjayakan Perkhemahan Unit Berunform 2012 yang bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Program 3 hari 2 malam ini diadakan di Kem Perah di Institut ini. Ia hanya melibatkan pelajar tingkatan 3, yang baru selesai menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang telah menjalani pemilihan awal di sekolah. Selain itu, segala bentuk persediaan seperti pembahagian kumpulan telah juga diadakan awal untuk menjamin kelancaran program.

Selain pelajar, sebahagian guru – guru juga telah dipilih sebagai pengiring. Antaranya Cik Nabiha sebagai ketua Jurulatih Utama Unit Beruniform, En Fauzul sebagai Kem Komandan, Puan Yusmaiza, Cik Arwina, Puan Asghar, En Govindan, Puan Azimah dan En Syed sebagai Jurukamera.

Sepanjang perkhemahan peserta didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang sebahagian besarnya berkaitan dengan perhutanan dan alam sekitar. Antaranya aktiviti Pembinaan gajet, Obstacle Course, Night Walk, canopy Walk, , Memasak survival, Malam kebudayaan dan diakhiri dengan Treasure Hunt.

Acara penutup diadakan pada hari ini dengan perasmian penutup oleh Puan Norani Husain, Penolong Kanan Ko Kurikulum SMKS9.

Image

Pertandingan Gajet

Image

Para peserta bergambar di hadapan pintu masuk Kem Perah

Image

Proses penghakiman Pertandingan masakan

Image

Puan Asghar di atas titian Canopy Walk

Image

Meredah kegelapan dan hujan malam di dalam aktiviti Night Walk

Image

Bertungkus lumus menyiapkan makanan dalam aktiviti Masakan Survival

Image

Malam Kebudayaan

 
Leave a comment

Posted by on 31/10/2012 in KOKURIKULUM

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: