RSS

KWN Asia : Forever Emily rangkul gelaran Grand Prix, Paper Chase raih Anugerah Konsep Kreatif

23 Dec

Hanoi (18 Dis) Pasukan Kids Witness News (KWN) Malaysia dengan video bertajuk Paper Chase meraih Anugerah Konsep Kreatif, sementara juara keseluruhan pula menjadi milik pasukan New Zealand, dengan video berjudul Emily.

Keputusan diumumkan di dalam sebuah majlis khas bertempat di Hotel Sheraton, Bandaraya Hanoi, Vietnam, di mana semua negara yang bertanding berkumpul di sana untuk peringkat serantau. Negara – negara yang terlibat, selain Malaysia dan New Zealand adalah India, indonesia, Singapura, Thailand, dan tuan rumah Vietnam. Keputusan penuh adalah seperti berikut :-

Creative Concept – Malaysia
Best Script – Vietnam
Best Editing – Singapore
Best Videography – New Zealand
Best News Angle – Thailand
Most Motivating Story – Indonesia
Best Eco Massage – India
Grand Prix – New Zealand

Video Emily yang menjuarai pertandingan adalah berkisar mengenai Isabella yang dilanda krisis dalaman yang serius apabila kematian sahabat baiknya bernama Emily. Satu hari, ketika tidur, Isabella seakan terdengar suara Emily memanggilnya dan dia pergi ke arah suara itu sehingga sampai ke kawasan hutan. Di sana, dia bersua dengan roh Emily yang menasihatkannya supaya jangan terlalu besedih kerana persahabatan mereka tetap akan kekal selama – lamanya.

Selain pertandingan di peringkat serantau ini, para peserta juga dibawa melawat ke beberapa tempat menarik di sekitar Hanoi seperti Wellspring School, Risupia, Ho Chi Minh mausoleum, Temple of Literature, Ethnology Museum dan Old Quarters.

Pasukan Malaysia diwakili oleh Ashrafiqal Aleef dan Muhammad Ezzad Emmir bersama guru penasihat En Syed Ahmad Thani. Turut hadir adalah wakil Panasonic Malaysia, En Mazlee Mokhtar.

Image

Sewaktu berlepas dari KLIA bersama En Mazlee Mokhtar, wakil Panasonic Malaysia

Image

Bersama Puan Azizah Wahid dan En Mazlee Mokhtar dari Panasonic Malaysia, selepas keputusan diumumkan

Di Temple of Literature

Di Temple of Literature

Di Ho Chi Minh Maosoleum

Di Ho Chi Minh Maosoleum

 
Leave a comment

Posted by on 23/12/2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: