RSS

Sepanduk sekolah menang lagi

24 Jan

Stadium Malawati (24Jan) Sepanduk pasukan sekolah sekali lagi dipilih sebagai Johan Sepanduk Terbaik di dalam Program Sambutan Maulidurrasul peringkat Negeri Selangor awal pagi ini.

Sepanduk yang direkabentuk oleh En roslan ini mengambil masa 3 hari untuk diwarnakan sehingga sempurna. Kemenangan pada tahun adalah yang kali kedua seumpamanya setelah sekolah memenangi kategori yang sama pada tahun lepas.

Sambutan pada tahun ini bermula dengan perakan peserta dari Stadium Mini menuju ke Stadium Malawati. Perarakan terpaksa dijalankan dalam keadaan hujan lebat yang mula turun sebaik perarakan bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi. Di stadium Malawati diadakan sambutan yang melibatkan pelbagai pengisian, seperti nyanyian nasyid oleh kumpulan Rabbani dan Mawi, bacaan Al Quran, deklamasi sajak, tayangan multimedia, laungan salawat, penanugerahan Tokoh Maulidur Rasul dan diakhiri dengan pengumuman pemenang perarakan.

Hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Sultan Selangor dan diterima oleh ketua pasukan, Muhammad Faiz b Mohd Khaidzir dan diiringi oleh Wan Ahmad Najmi b Wan Aminuddin. turut hadir di program adalah Ust Khairul Azman dan Ustazah Kamilah, bekas pelajar, Erna Fazira dan Nur Asyiqin, dan jurukamera warta9, Ahmad Aqil dan Hishamuddin Naim.

f

Meraikan kemenangan

e

Sepanduk Bertuah

c

Kakak – kakak Senior tumpang gembira

b

Ampun tuanku – Ketua pasukan menerima hadiah dari Sutan Selangor

a (2)

Masih kering – bersedia untuk berarak

 
Leave a comment

Posted by on 24/01/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: