RSS

Selamat tinggal, Sedi.

31 Jan

Seksyen 9 (29 Jan) Kelab Kebajikan Guru dan kakitangan SMKS9 hari ini mengadakan satu majlis ringkas sebagai mengucapkan selamat tinggal kepada pembantu teknikal sekolah, En Md Rosdi bin Ibrahim.

Kek bertema Komputer sumbangan Datin Rokiah Zulkfli sempena majlis perspisahan sdr Rosdi

Kek bertema Komputer sumbangan Datin Rokiah Zulkfli sempena majlis perspisahan sdr Rosdi

Sdr Md Rosdi Ibrahim

Sdr Md Rosdi Ibrahim

Majlis diadakan pada waktu rehat di bilik guru sesi pagi, yang juga dihadiri oleh Tuan Pengetua dan pentadbir. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas pengetua, diikuti dengan ucapan Sdr Rosdi dan diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada beliau. Di dalam ucapannya, sdr. Rosdi dengan penuh rendah diri menyatakan bahawa dia tiada membuat apa – apa jasa di sekolah ini, apa ayng dilaksanakan selama ini adalah sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai juruteknik komputer sekolah. “ Walaupun saya akan berpindah selepas ini, namun ‘talian hotline’ saya masih dibuka dan cikgu – cikgu masih boleh menghubungi saya,” sambung Sdr Rosdi sambil berseloroh di hujung ucapan. Majlis seterusnya bersambung dengan memotong kek dan jamuan. Yang paling istimewa di dalam majlis ini adalah sebuah kek komputer sumbangan ustazah Datin Rokiah Dzulkifli yang sememangnya mencuri perhatian ramai

Anak jati kelahiran Paka, Terengganu ini memulakan tugas di sekolah dengan rasminya pada 1 Julai 2010 dan sebelum ini pernah bekerja sebagai guru sandaran di SMK Segambut Jaya dan kemudiannya sebagai pembantu di Kedai Buku Nuffair Street. Rosdi, 27, adalah lepasan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Sdr Rosdi atau nama Facebooknya, Sedi Al Rasdi,  akan berpindah ke Pejabat Daerah Hulu Langat bermula 1 Febuari.

 
Leave a comment

Posted by on 31/01/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: