RSS

Anggota kadet polis tawan Gunung Berembun

03 Mar

Tanah Rata (2 Mac) 80 anggota Kadet Polis SMK Seksyen 9 hari ini berjaya mendaki Gunung Berembun Cameron Highlands setinggi 1840m, di dalam program Perkhemahan Kadet Polis hari ini.

Peserta bertolak dari sekolah pada pukul 12.00 tengahari dan tiba di tapak perkhemahan sekitar pukul 5.00 petang. Selesai menguruskan tapak perkhemahan, peserta bersedia untuk makan malam dan seterusnya mengikuti aktiviti ice breaking pada malamnya.

Aktiviti mendaki diadakan pada hari kedua seawal 9.00 pagi. Pendakian melibatkan pergerakan menaiki dan menuruni 3 buah bukit sebelum peserta selamat tiba di kemuncak pada pukul 12.00 tengahari, dan melibatkan perjalanan sejauh 3.5km. Perjalanan menuruni dari puncak kembali ke tapak perkhemahan pula mengambil masa 2 jam.

Malam kedua peserta meraikan kejayaan dengan jamuan barbeku diikuti dengan aktiviti muhasabah diri. Peserta bertolak pulang pada awal pagi hari ketiga dan di dalam perjalanan pulang, mereka singgah di pasar Pekan Berinchang dan juga ladang Teh.

Selain peserta, beberapa orang guru juga terlibat sebagai pengiring. Mereka adalah En Fauzul, Ustaz Zulkifli, Puan Aslizah, Puan Yusmaiza dan En Syed sebagai wakil Media sekolah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kemuncak Gunung Berembun

Kemuncak Gunung Berembun

 
Leave a comment

Posted by on 03/03/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: