RSS

Program Tautan Kasih, LADAP 5 bawa peserta ke bendang

22 May
Taklimat Program oleh Ustaz Zol

Taklimat Program oleh Ustaz Zol

Boling Kelapa

Boling Kelapa

Pukul Sarang Tebuan

Pukul Sarang Tebuan

Persembahan Trompet kelapa

Persembahan Trompet kelapa

Menggagau ikan

Menggagau ikan

Barisan AJK pelaksana

Barisan AJK pelaksana

Sungai Besar (18 Mei) Program Tautan Kasih, yang juga diadakan sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) 5 anjuran Kelab Guru dan Kakitangan SMKs9 telah diadakan di kawasan tanaman padi, bertempat di Homestay Sg. Hj Dorani, Sungai Besar.

Program bermula dengan sebahagian besar peserta bertolak dengan dua buah bas dari sekolah pada lewat pagi. Setiba di lokasi peserta di bahagikan kepada 9 kumpulan untuk aktiviti. Tuan pengetua, Tn Hj Abd Hakim, yang lebih awal berada di sana memulakan majlis dengan ucapan alu – aluan.

Acara pertama adalah boling kelapa antara kumpulan, diikuti acara kedua, yang diberi nama ‘memukul sarang tebuan’. Menyusul adalah acara pertandingan meniup trompet daun kelapa antara kumpulan.

Majlis berhenti rehat untuk makan tengahari dan solat zuhur dan bersambung dengan acara bermain layang – layang. Acara terakhir adalah yang paling menarik, iaitu menggagau ikan. Peserta dikehendaki menggagau ikan di dalam kubang lumpur dan markah dikira mengikut jumlah ikan yang berjaya dikeluarkan setiap kumpulan.

Puan Nik Azmawati, pengerusi Kelab dilihat begitu berpuas hati dengan kelancaran dan kerjasama peserta sepanjang acara.Acara berakhir dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah.

 
Leave a comment

Posted by on 22/05/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: