RSS

Pasukan Koir unggul di Karnival Program pelancongan pelajar

25 Jun

Sepang (21 Jun) Pasukan koir sekolah telah membuktikan keunggulan mereka apabila muncul juara di dalam Karnival Program pelancongan pelajar peringkat negeri Selangor, yang diadakan di Sungai Pelek, Sepang.

Pasukan ini telah berjaya menewaskan 4 buah sekolah lain dengan membawa dua buah lagu ; Budi Bahasa dan Lion Sleeps Tonite. Pasukan dibawah bimbingan Puan Salwani dan Cik Arwina ini dianggotai 20 pelajar, termasuk pemain piano dan konduktor.

Selain koir, acara – acara lain yang dipertandingkan ialah kuiz pelancongan dan tarian di mana masing – masing kita mendapat tempat kedua.

Program Pelancongan Pelajar telah dilancarkan pada 24 Februari 2001 oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia bersama dengan Menteri Pendidikan Malaysia.

Matlamat utama program ini adalah untuk Mempromosikan aktiviti pelancongan domestik bagi memupuk budaya melancong di kalangan pelajar agar melancong ke tempat-tempat bersejarah, kebudayaan, eko-pelancongan dan lain-lain. Ia juga untuk menghindari gejala-gejala sosial yang semakin meningkat di kalangan pelajar pada masa kini melalui pengisian masa lapang secara bijak dan berfaedah; dan Mewujudkan perpaduan serta meningkatkan integrasi kaum di kalangan generasi muda melalui aktiviti-aktiviti pelancongan dan pengembaraan yang terancang dan teratur bagi mengeratkan hubungan dan interaksi antara pelajar-pelajar berbilang kaum.

Bersantai sambil makan sate. Foto oleh Ahmad Aqil

Bersantai sambil makan sate. Foto oleh Ahmad Aqil

Kumpulan tarian mempersembahakan tarian jawa.  Foto oleh Ahmad Aqil

Kumpulan tarian mempersembahakan tarian jawa. Foto oleh Ahmad Aqil

Kumpulan Koir muncul juara. Foto oleh Ahmad Aqil

Kumpulan Koir muncul juara. Foto oleh Ahmad Aqil

 
Leave a comment

Posted by on 25/06/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: