RSS

Khairom muncul vokal terbaik pertandingan nasyid MSU

22 Jul

MSU (18 Julai) Meskipun kumpulan Nasyid Dhiya An Nour tidak berjaya memenangi sebarang tempat di dalam Pertandingan Nasyid Terbuka MSU 2013, namun mereka tetap berbangga kerana vokalis utama kumpulan, Khairom Maisarah bt Baharom telah dipilih Vokal Terbaik Perempuan.

Sejumlah 18 buah sekolah bertanding dan untuk kategori Sekolah Berasrama Johan: Awana dari SAM Subang Bestari , Naib Johan  SMS Tuanku Jaafar,Negeri Sembilan 9 dan tempat ketiga adalah Soul Al Ghamidi dari SAMT Sultan Hishamuddin.

Untuk kategori Sekolah Harian pula, Johan adalah kumpulan Musaqof Ahlam dari SMK Sri Andalas, dan naib Johan disandang oleh SMK Bukit Bandaraya manakala tempat ketiga,  Sons of Adam dari SMK Seksyen 18 Shah Alam

Kumpulan Dhiya An Nour mengambil masa tiga hari untuk latihan, dan untuk pertandingan mereka mempersembahkan dua buah lagu, iaitu ‘Penjuangan Dakwah’ dan ‘Kemaafan’ hasil gubahan komposer sekolah, En Abdul Hakim Abdul Rahman.

Vokal Terbaik Lelaki lelaki pula adalah milik kumpulan Revon dari SM Sains Alam Shah. Turut mengiringi pasukan adalah guru penasihat En Abdul Hakim Abdul Rahman, Ustaz Khairul Azman Ismail dan Pembantu, Syamil Rosli. Sekolah juga memenangi kategori Anugerah Muzik Versatil.

” Ini mungkin persembahan terakhir saya di sekolah ini dan saya bersyukur kerana dapat membawa balik sesuatu untuk sekolah” kata Khairom sewaktu ditemuramah.

” Saya menganggap ini rezeki bulan Ramadhan,” tambah beliau.

(Petikan berita dan foto sumbangan Syamil Rosli At-Taranjani)

Dhiya An Nour SMKS9 2013

Khairom (berdiri di tengah) bersama Dhiya An Nour SMKS9 2013

 
Leave a comment

Posted by on 22/07/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: