RSS

Paper Chase mara ke peringkat global di Paris

14 Sep

Osaka, Jepun –  Video pendek Paper Chase akhirnya dipilih untuk dipertandingkan untuk Panasonic Kid Witness News (KWN) 2013 Peringkat Global, yang akan diadakan di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) di Paris pada bulan Disember.

Panasonic Corporation telah dengan rasminya mengumumkan enam buah sekolah yang mewakili enam negara untuk ke peringkat ini. Mereka adalah :-

  1. Russia – Yaroslavl gymnasium, Jolly Heels Studio, filem Birds’ Rebellion
  2. New Zealand – Mount Aspiring College, filem Forever Emily
  3. Malaysia – SMK Seksyen 9 Shah Alam, Selangor, filem Paper Chase
  4. Japan – Nagawa Junior High School, filem The Girls Who Crossed Nomugi Pass
  5. Jerman – Montessori Middle School, Dsseldorf, filem Only Two Cents
  6. China – Beijing Yucai Primary School, filem Love is all around

Program KWN adalah sebahagian program di bawah Panasonic yang melibatkan pelajar sekolah yang bertanding menghasilkan video pendek. Enam finalis telah dipilih tahun ini adalah dari kalangan penyertaan yang dihantar oleh 622 sekolah dari 29 buah negara. Di bawah tema ekologi atau alam sekitar. Hadiah utama atau The Grand Prix akan diumumkan pada majlis anugerah global, serentak dengan pemenang Peraduan Diary Eco-Picture Panasonic, satu lagi program pendidikan generasi akan datang dikendalikan oleh Panasonic di bawah program.

Video Paper Chase telah dipertandingkan dan menjadi juara di peringkat nasional pada tahun lepas, dan seterusnya mewakili Malaysia di peringkat serantau di Vietnam, bersama 8 buah Negara lain dan peringkat ini dimenangi oleh New Zealand. Pasukan Malaysia, sebaliknya terpaksa berpuas hati dengan Anugerah Seni Kreatif.

Guru penasihat pasukan, Cikgu Syed Ahmad Thani, ketika ditemubual menyatakan dia bersyukur kerana dipilih semula oleh pihak penganjur walaupun kita bukanlah juara keseluruhan serantau. Menurut beliau lagi, mengiringi pasukan juara, iaitu New Zealand, dan kemudiannya berentap dengan 5 negara dari seluruh dunia di peringkat global merupakan satu yang sangat bermakna.

Pasukan KWN Malaysia 2012 diwakili oleh Ashrafiqal Aleef (ketua), Muhammad Ezzad Emmir (Penolong), Khairom Maisarah Baharom (Setiausaha) dan Nurul Husna Jamali (Bendahari).

Image

Ammar Haziq Razali membawa watak Ammar dengan begitu berkesan dalam Paper Chase

Image

Pasukan KWN sekolah ketika pertandingan peringkat nasional

Image

Di Dataran Ho Chi Minh, Hanoi, Vietnam sewaktu di peringkat serantau

 
1 Comment

Posted by on 14/09/2013 in KOKURIKULUM

 

One response to “Paper Chase mara ke peringkat global di Paris

  1. Noorul Huda

    15/09/2013 at 11:02 am

    Bravo! Kudos! Congrats! Sent from my iPad

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: