RSS

Infinite Nine meluncur ke peringkat kebangsaan

08 Oct

Putrajaya (25 Sept) Pasukan Formula One in School sekolah, Infinite Nine berjaya merangkul anugerah kategori Best Research and Development di samping naib juara keseluruhan di dalam pertandingan tersebut, seterusnya melayakkan mereka mara ke peringkat kebangsaan pada 24 – 27 November ini.

Kemenangan ini dicipta pada pertandingan peringkat regional yang berlangsung di SMK  presint 8 putrajaya, dan melibatkan 15 pasukan bertanding dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Infinite nine dianggotai Mohammad Azrai bin Azmi (Team Leader/ Design Engineer) Adriana bt Zainurin (Team Manager/ Resource Manager) Muhammad Hisham bin Mohd Najib (Manufacturing Engineer) and Wan Nurdayana bt Che Wan Mohd Khair (Graphic Designer).

Menurut Adriana, tugas yang diamanahkan kepada beliau adalah untuk mencari penyumbang. Setakat ini beliau berjaya mendapatkan kerjasama daripada beberapa pihak, seperti Shell Damansara, dan Takaful Ikhlas, selain beberapa pihak lain termasuk sekolah.

Daripada segi kajian pula, kumpulan ini memilih bentuk titisan hujan sebagai asas rekabentuk kereta mereka. Ini kerana rekabentuk sedemikian adalah sesuai di dalam memastikan kelajuan dan meminimumkan rintangan.

Menurut Puan Kashnani, guru pembimbing pasukan, beliau amat berbangga dengan pasukan ini, namun masih sempat untuk menambahbaikkan beberapa aspek mengenai kereta, booth  dan pembentangan lisan kerana saingan di peringkat seterusnya adalah semakin hebat.

“Insya Allah, kita akan cuba memohon kerjasama dengan UiTM, Airod dan Sirim. Misi kami sekarang adalah untuk menambah dana lebih kurang RM18,00 untuk menghasilkan kereta baru dan lain – lain,” tambah beliau

“ Terima kasih kepada semua yang telah membantu di dalam sumbangan dana dan juga idea, doakan yg terbaik utk infinite nine,”

Image

Azrai bersedia untuk berlumba

Image

Kereta F1 hasil rekabentuk pasukan Infinite Nine dipamerkan kepada umum

Image

(Dari kiri) Wan Nurdayana, Adriana, Hisham dan Azrai

Image

Pasukan Infinite Nine bersama guru pembimbing, Puan Kashnani selepas diiumumkan keputusan

Image

Pasukan bergaya di hadapan booth

 
Leave a comment

Posted by on 08/10/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: