RSS

Majlis Graduasi 2013

14 Oct

Dewan Sinar (11 Oktober) Majlis Graduasi untuk pelajar – pelajar tingkatan lima dan Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) berlangsung hari ini di Dewan Sinar, melibatkan 314 pelajar.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk tetamu – tetamu kehormat, dimulai dengan Yang Berbahagia Tuan Haju Mahmud bin Karim, Pengarah Pendidikan Selangor. Turut serta adalah Tuan Hj Ghazali bin Hamzah, YDP PIMBG, Tn Haji Mohd Azman bin Ahmad, pentadbir dan semua ketua – ketua bidang. Tahun ini, majlis juga disempurnakan lagi dengan perarakan cokmar oleh Ketua Pelajar, Ashrafiqal Aleef B Nor Azwad.

Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan dari pengetua dan ucapan perasmian dari tuan pengarah pendidikan Selangor. Penyampaian watikah graduasi kemudiannya bermula dengan barisan pelajar Pendidikan Khas Inegrasi (PPKI) dan kelas – kelas 5Sains1 sehingga 5 STM..

Majlis berhenti rehat seketika dan para tetamu dihidangkan dengan persembahan nasyid PPKI oleh kumpulan Nour Ar Raheem yang telah memenangi tempat kedua kebangsaan di dalam pertandingan Nasyid PPKI baru – baru ini.

Majlis bersambung dengan penyampaian watikah kepada kelas – kelas Ik1 sehingga IK4 dan seterusnya penyampaian Anugerah Super Platinum, Anugerah Platinum, Anugerah Emas, Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa. Semua anugerah – anugerah tersebut adalah berdasarkan pencapaian di dalam peperiksaan percubaan SPM yang lalu.

Kemuncak penyampaia anugerah adalah Anugerah Pengetua kepada dua orang tokoh ; Mohamad Fadhli bin Roslan, dan Nur Sabrina bt Babe Azaman. Kedua – dua tokoh kemudiannya dijemput menyampaikan ucapan.

Di dalam satu sidang khas bersama warta9 selepas majlis berakhir, tuan pengarah meluahkan rasa bangganya kepada sekolah ini kerana mampu mengadakan satu majlis graduasi yang begitu hebat.

ImageImageImageImageImageImage

 
Leave a comment

Posted by on 14/10/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: