RSS

Spell It Right 2013 : Zamir menangi tempat ke-4

25 Oct

Kuala Lumpur (19 Okt) Zamir Ariff Zainal, yang mewakili negeri Selangor ke pertandingan Spell It Right peringkat kebangsaan terpaksa berpuas hati di tempat ke empat setelah pertandingan itu berakhir hari ini.

Sebelum itu beliau cemerlang di peringkat negeri setelah muncul juara. Pertandingan di peringkat kebangsaan ini melibatkan 14 orang juara – juara negeri di kedua – dua kategori, sekolah rendah dan menengah. Ia masih lagi diadakan di tempat yang sama, iaitu Kompleks Kementerian Dalam Negeri Kuala Lumpur.

Soalan – soalan yang berupa perkataan untuk dieja untuk ketegori sekolah rendah dibaca oleh bekas pembaca berita TV3, Wan Zaleha Radzi, sementara untuk katergori sekolah menengah pula dibaca oleh seorang lagi pembaca berita TV3, Raymond Goh. Untuk pusingan pertama, setiap peserta dikehendaki mengeja 5 perkataan dan berdasarkan jumlah markah terkumpul, 5 peserta terbaik akan dipilih untuk ke peringkat akhir. Di dalam pusingan akhir, setiap peserta akan dipanggil seorang demi seorang untuk mengeja tujuh perkataan lagi dan akhirnya juara akan dikira melalui markah.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Timbalan Menteri Pendidikan YB P. Kamalanathan P. Panchanathan, CEO News Straits Times, En Mohammad Azlan b. Abdullah dan En Kelle Lam, Pengarah Urusan RHB.

Juara untuk musim ini masih disandang oleh Kenneth Wu, peserta dari SMK King George V Negeri Sembilan, yang telah memenanginya selama 4 tahun berturut – turut. Zamir membawa pulang tropi bersama wang tunai RM5,000. Beliau mencipta kemenangan yang sama pada tahun lepas.

Turut hadir adalah keluarga Zamir, 26 orang penyokong, En Syed sebagai jurukamera dan Guru Kelas Zamir, Puan Saliza.

Image

Terbaik Negeri – 14 Peserta yang merupakan pengeja terbaik negeri berentap di pusingan awal

Image

5 pengeja terbaik berentap untuk pusingan seterusnya

Image

Sebahagian penyokong yang turut memenuhi auditorium

Image

Zamir menerima hadiah dari Timbalan Menteri Pelajaran

Image

Penutup Majlis

Image

Zamir bersama peserta – peserta lain

 
Leave a comment

Posted by on 25/10/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: