RSS

Pengawas Surau Melancong Sambil Beramal dalam Program Jalan – Jalan Cari Masjid

03 Nov

Kuala Terengganu ( 3 Nov) 40 orang Pengawas Surau mengikuti program yang dinamakan Jalan – Jalan Cari Masjid di Kuala Terengganu

Peserta bertolak dari sekolah pada jam 10 malam dan bersolat subuh di Masjid Pekan Ajil pada keesokan harinya. Kemudian mereka dibawa ke tempat penginapan di dua buah homestay di Manir, Kuala Terengganu. Program dimulakan dengan lawatan ke Taman Tamaddun Islam untuk aktiviti bebas. Seterusnya peserta dibawa ke Pantai Batu Buruk untuk makan tengah hari. Masjid pertama dilawati adalah masjid Sultan Ismail Chendering untuk menunaikan solat Zohor dan kemudiannya menyampaikan sumbangan rehal kepada wakil pengurusan masjid. Program hari pertama diakhiri dengan aktiviti santai di Pasar Payang, Bandar Kuala Terengganu.

Hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Masjid Sultanah Zanariah atau Masjid Terapung dan kemudiannya ke Masjid Tokku Tuan Besar yang merupakan aktiviti kemuncak program ini. Di sana peserta menikmati makan tengah hari diikuti solat zohor berjemaah bersama jemaah masjid. Kehadiran peserta di masjid ini telah diumumkan Imam bertugas sejurus selesai solat zohor. Seterusnya wakil peserta telah menyampaikan sumbangan rehal kepada wakil pengurusan masjid, dan diikuti dengan peserta bergotong – royong membersihkan kawasan masjid. Sebelum bertolak peserta dibawa ke belakang masjid, melawat makam Tokku Tuan Besar, atau namanya Syed Muhamaad Bin Zainal Abidin Al Idrus, pengasas Masjid dan juga bapa kepada ulama terkenal dan pejuang kemerdekaan Terengganu, Tokku Paloh dan ia dibina pada tahun 1847.

Aktiviti terakhir adalah ke Muzium Terengganu untuk menyaksikan Pameran Haiwan Berbisa dan sebelum pulang, peserta singgah di kawasan perusahaan Keropok Losong.

Mengiringi peserta adalah Ustazah Noraini Abu Bakar selaku Pengarah Program, Cikgu Syed sebagai wartawan, dan Puan Sarawatihaslinda sebagai pembantu. Program berakhir dan peserta bertolak pulang ke Shah Alam pada jam 930 malam

1403379_10202252518975715_102966317_o

Di Masjid Tokku Tuan Besar Chabang Tiga Kuala Terengganu

DSC_0427

Cikgu Syed menyampaikan sumbangan kepada wakil pengurusan masjid

DSC_0403

Menunggu bas di Pasar Payang

DSC_0415 (1)

Homestay pelajar lelaki di Banggol Peradong

DSC_0418

Masjid Terapung

DSC_0423

Masjid Terapung

DSC_0426

Solat Zuhur di Masjid Tokku

 
Leave a comment

Posted by on 03/11/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: