RSS

Pengetua sertai Kembara Guangzhou 2013

26 Dec

Bandaraya Guangzhou (1 Dec) Bermula 1 Disember sehingga 6 Disember, sekumpulan 29 orang yang terdiri daripada Guru, pelajar dan beberapa orang ahli keluarga peserta telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Guangzhou, China. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan pengetua, Tn Haji Abd Hakim b Samuri dan Isteri, serta wakil agen pelancongan Tabung Haji Travel and Tours Tuan Hj Ridwan Salim dan seorang pegawainya.

Program 6 Hari 5 Malam ini adalah anjuran bersama Kelab Sejarah dan Koperasi sekolah, di bawah kawalselia Puan Rokiah Mohd Ali dan Puan Hanim b Musa. Di antara guru –guru lain yang turut serta adalah Ustazah Ainatun Najwa, Puan Hasmah bt Hasan Bakri dan Cikgu Syed Ahmad Thani.

Di antara pengisian penting di dalam program ini adalah lawatan ke beberapa tempat menarik. Mendahului senarai adalah Muzium Peringatan Dr Sun Yat Sen. Selain itu tempat – tempat menarik yang lain adalah maqam dan Masjid Saad b Abi Waqas, Masjid Huaisheng, Tugu 5 Kambing Yuexie, Pelayaran malam di Pearl River, Muzium perkuburan Maharaja Nanyue dan Muzium Guangdong.

Selain itu peserta juga dibawa membeli belah di beberapa gedung membeli belah utama di bandaraya itu seperti Onelink Plaza, Baiyun Leather World, Beijing Street,Shangxiajiu Shopping street dan Chocolate City.

Secara keseluruhannya program berjalan lancar dan Berjaya mencapai matlamat.

mendengar taklimat di muzium peringatan Dr Sun Yat Sen

mendengar taklimat di muzium peringatan Dr Sun Yat Sen

Bergambar di hadapan Muzium Dr Sun Yat Sen

Bergambar di hadapan Muzium Dr Sun Yat Sen

Menunggu bas setelah selesai membeli belah

Menunggu bas setelah selesai membeli belah

Hadapan Muzium Guangdong

Hadapan Muzium Guangdong

Perkarangan hotel penginapan

Perkarangan hotel penginapan

Cikgu Syed mencuba kaedah memerah jus oren

Cikgu Syed mencuba kaedah memerah jus oren

Pelayaran Pearl River

Pelayaran Pearl River

Di dalam Muzium Guangdong

Di dalam Muzium Guangdong

 
Leave a comment

Posted by on 26/12/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: