RSS

PMR 2013 catat keputusan terbaik dalam sejarah sekolah

26 Dec

Dewan Sinar (19 Dis) Dengan jumlah calon mencapai semua A seramai 106 orang, Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) terbukti Berjaya mencatat keputusan terbaik di dalam sejarah SMKS9 sejak peperiksaannya yang pertama pada tahun 1999.

Keputusan telah diumumkan di Dewan Sinar oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Abdul Hakim b Samuri dan majlis ini telah disiarkan secara lintas langsung oleh RTM melalui slot Selamat Pagi Malaysia.

Keputusan ini seterusnya meletakkan sekolah di tempat ke lima daripada 47 buah sekolah menengah daerah Petaling Perdana. Namun SMKS9 tetap dilihat paling menonjol sebagai sekolah harian biasa terbaik, memandangkan 4 sekolah di tangga teratas adalah sekolah kawalan dan sekolah Kluster. Jumlah kelulusan, walau bagaimanapun menunjukkan sedikit kemerosotan dari 96.51% pada tahun 2012 ke 96.14% pada tahun ini. Peratus mencapai semua A, iaitu 29.20% adalah yang terbaik daerah.

Tuan pengetua telah menyampaikan slip keputusan kepada semua calon semua A sementara calon – calon lain menerima slip masing – masing diambil sejurus kemudian di kaunter kelas masing – masing.

PMR tahun ini adalah peperiksaan yang terakhir seumpamanya dan akan diganti dengan sistem peperiksaan yang baharu bermula 2014.

foto oleh En Roslan – Majalah Sinar

ibubapa sabar menunggu pengumuman

ibubapa sabar menunggu pengumuman

Pengetua menyampaikan slip kepada calon semua A

Pengetua menyampaikan slip kepada calon semua A

IMG_9794

Puan Adibah mengendalikan majlis

Puan Adibah mengendalikan majlis

Calon semua A mengangkat slip tanda kegembiraan

Calon semua A mengangkat slip tanda kegembiraan

Anak Mak - antara ibu yang turut berkongsi kegembiraan

Anak Mak – antara ibu yang turut berkongsi kegembiraan

En Abd Hakim sibuk melayan calon-calon dari kelasnya

En Abd Hakim sibuk melayan calon-calon dari kelasnya

Puan Thina dan anaknya Shobana, antara yang berjaya

Puan Thina dan anaknya Shobana, antara yang berjaya

IMG_9917

Pengetua bersama Siti Murni, dari Selamat Pagi Malaysia

Pengetua bersama Siti Murni, dari Selamat Pagi Malaysia

Sesi temubual yang disiarkan secara langsung di RTM1

Sesi temubual yang disiarkan secara langsung di RTM1

Ibubapa juga turut ditemubual

Ibubapa juga turut ditemubual

Calon ditemurah oleh krew RTM, Siti Murni

Calon ditemurah oleh krew RTM, Siti Murni

 
Leave a comment

Posted by on 26/12/2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: