RSS

Pengawas Menapak 5km dalam Kem Kepimpinan Tahunan

12 Mar

Teluk Kemang (1 Mac) Berjalan kaki secara berkumpulan melalui jarak sehingga 5 kilometer, sambil menyelesaikan beberapa tugasan merupakan aktiviti utama yang mengisi Kem Kepimpinan Pengawas tahun ini.

Aktiviti yang dimaksudkan adalah eksplorace mini yang melibatkan peserta berjalan bermula dari pusat petempatan di NUBE Teluk Kemang, ke Taman Ostrich, kemudian ke Balai Polis Teluk Kemang dan berakhir di Dataran Teluk Kemang yang mana peserta dikehendaki menyelesaikan tugasan di setiap persinggahan tersebut.

Selain itu beberapa acara lain turut diadakan melibatkan beberapa venue lain, iaitu Auditorium NUBE untuk aktiviti dalaman, tempat letak kereta Pantai Purnama  dan persisir pantai Purnama Teluk Kemang.

Aktiviti tahun ini diadakan di luar Selangor iaitu di NatiTeluk Kemang, bermula 28 Febuari dan berakhir pada 2 Mac. Seramai  141 orang pengawas terlibat yang terdiri daripada semua pengawas, termasuklah pengawas pelatih di tingkatan satu. Turut hadir sebagai pengiring adalah beberapa orang guru, iaitu Puan Syazana, Puan Tengku Hazima, Puan Muzayanah, Ustazah Zuriyana, En Mazri (pelatih), Cik Wahidah (pelatih), En Roy Hendra (Pelatih) dan En Syed sebagai juruvideo.

Secara keseluruhannya kem tahun ini agak berlainan daripada sebelumnya, yang mana aktivitinya lebih bercorak kemasyarakatan dan melibatkan banyak kolaborasi dengan pihak luar. Kem ini dikendalikan sepenuhnya oleh Master Training Consultancy.

Aktiviti di tepi pantai

Aktiviti di tepi pantai

Menangkap itik untuk menyelesaikan misi

Menangkap itik untuk menyelesaikan misi

Barisan guru pengiring

Barisan guru pengiring

Persisir pantai Purnama

Persisir pantai Purnama

Berjalan seiringan sambil kaki diikat

Berjalan seiringan sambil kaki diikat

Team Building

Team Building

Senaman Pagi

Senaman Pagi

Aktiviti dalaman

Aktiviti dalaman

 
Leave a comment

Posted by on 12/03/2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: