RSS

Abang Boncet ungguli Kejohanan bolasepak Alumni 2014

21 Apr

Seksyen 9 ( 19 April) Pasukan Abang Boncet yang juga merupakan bekas pelajar SMK Seksyen 9 yang mengambil SPM pada tahun 2002 ternyata unggul apabila menjuarai kejohanan Bolasepak anjuran Persatuan Alumni SMKS9 pada tahun ini.
Kejohanan yang pertama kali seumpamanya dianjurakn ini telah bermula pada 12 dan 13 April dan hari ini adalah perlawanan bagi separuh akhir dan akhir. Ia berjaya mengumpulkan 8 pasukan yang terdiri daripada 6 pasukan bekas pelajar dan 2 pasukan terkini sekolah. Pasukan yang mengambil bahagian dibahagikan kepada kumpulan A dan B di mana pada pusingan awal diadakan secara liga berkumpulan dan seterusnya johan dan naib johan setiap kumpulan mara ke peringkat seterusnya.
Pasukan 92, iaitu bekas pelajar sekolah SPM 2009 terpaksa berpuas hati sebagai naib johan setelah tewas 1 – 2, sementara tempat ketiga adalah pasukan SPM 2010 dan tempat ke empat adalah pasukan ambilan pertama sekolah, iaitu SPM 2001.
Penjaring terbanyak jatuh kepada saudara Khairil Iskandar dari pasukan bawah 15 tahun sekolah, sementara pemain terbaik adalah milik saudara Habibullah, daripada pasukan Abang Boncet.
Turut hadir ke perlawanan akhir ini adalah tuan pengetua SMK Seksyen 9, Tn Hj Abdul Hakim b Samuri dan YDP PIBG Tn Hj Azman b Ahamad, dan beberapa orang ahli jawatan kuasa Alumni, seperti Saudara Izhar Moslim dan Saudara Afiq Hasan b Mohamad Ayob.

Pasukan Abang Boncet dan Pasukan 92

Pasukan Abang Boncet dan Pasukan 92

Tuan Pengetua berucap di hadapan peserta

Tuan Pengetua berucap di hadapan peserta

Abang Boncet - Juara Bolasepak Alumni 2014

Abang Boncet – Juara Bolasepak Alumni 2014

DSC_0155

Boncet bukan sebarang boncet!!! Juara menerima piala pusingan dari pengetua

 
Leave a comment

Posted by on 21/04/2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: